Tuesday, 30 October 2012

Char Kuey Tiao-Penang

 

  • 200 gm udang ( lebih pun tak pe!!! )
  • 250 ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 kiub pati ikan bilis – saya tak letak!! takde!!
  • 2 sudu kecil garam ( jika sos tiram masin boleh kurangkan 1 sudu )
  • 1 sudu makan gula
Untuk Kuey teow
  • 200 g kue teow ( @ ambil secekak untuk seorang makan )
  • 1 sudu makan cili kisar
  • kerang ( tak de… saya ganti dengan sotong )
  • taugeh dan kucai
  • 1 biji telur
Cara penyediaan untuk paste
1. Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu.
2. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya.
3. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis.
4. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan. Boleh simpan dalam petisejuk supaya tahan lama.
Cara untuk masak Kuey Teow
1. Tumis cili kisar hingga garing Masukkan 4  sudu besar paste tadi.
2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi.
3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masuukan kuey teow, kucai dan taugeh.

4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat.

** Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!. Kalau guna api besar pergerakan cam kura2 confirm hanguss kue tiow tu!!! hihihi!!!!

*** Char kuey Teow versi saya punya…. saya masak paste tu sampai mendidih jer… tak sampai pekat… sebab nak cepat makan!! anak2 sume dah lapar!!! Kemudian saya tumis bawang putih dan cili kisar sampai agak garing baru saya masukkan agak2 dalam 1 cawan kuah paste tadi, seafood, taugeh, kucai dan kue teow. last sekali baru pecah kan telur… kuah tu kalau kalau dah kering saya tambah lagi paste tadi!!! Buat basah2 gitu!!!Cepat betul wat char kuey teow ni tak sampai 15 minit dah siap…. kalau paste dah buat awal… 5 minit dah siap!!!


Ayam Penyet Sarawak

 
Bahan-Bahan Untuk Ayam :

  • Ayam : : Seekor (Potong 8 & rebus selama 10 minit dan toskan) (simpan air rebusan ayam untuk buat sup dan masak nasi)
  • Jintan Manis : : ½ Sudu Besar (Goreng tanpa minyak hingga naik bau)
  • Jintan Putih : : ½ Sudu Besar (Goreng tanpa minyak hingga naik bau)
  • Ketumbar : : 3 Sudu Besar (Goreng tanpa minyak hingga naik bau)
  • Serbuk Kari Ayam : : 1 Sudu Besar
  • Serbuk Kunyit : : 1 Sudu Besar
  • Serbuk Lada Putih : : ½ Sudu Besar
  • Bawang Putih  : : 3 Ulas
  • Halia : : 1cm
  • Sedikit Air 
  • Garam : : Secukup Rasa
  • Minyak : : Secukupnya
Bahan-Bahan Untuk Sambal :
  • Minyak Masak : : Secukupnya
  • Cili Merah : : 10 Biji (lebihkan jika mahu lebih pedas) 
  • Cili Padi  : : 10 Biji
  • Bawang Kecil / Merah : : 10 Biji (Dihiris)
  • Bawang putih : : 3 Biji (Dihiris)
  • Tomato : : 5 Biji (Potong 4)
  • Belacan : : 5cm
  • Ikan Bilis : : 2 Sudu
  • Gula Merah : : 3 Sudu Kecil / Secukup Rasa 
Bahan-Bahan Untuk Nasi :
  • Beras : : 3 Cawan (Dibasuh dan ditoskan)
  • Bawang Putih  : : 3 Ulas
  • Kulit Kayu Manis : : 1 Batang
  • Buah Pelaga : : 4 Biji
  • Bunga Lawang : : 2 Kuntum
  • Butter : : Sedikit
  • Garam : : Secukup Rasa
  • Kiub Pati Ayam : : 2 / 3 Kiub
  • Air Rebusan Ayam : : 6 Cawan
Cara-cara Memasak Ayam Penyet:
  • Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus. 
  • Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.. 
  • Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras. 
  • Panaskan minyak dan goreng hingga garing. 
Cara-Cara Memasak Sambal Ayam Penyet :
  • Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan. 
  • Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan. 
  • Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan. 
  • Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik. 
  • Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus. 
  • Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. 
  • Masukkan gula merah dan gaul rata. 
  • Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan. 
Cara-Cara Memasak Sup :
  • Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.Masukkan sup bunyut.. 
  • Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan
Cara-Cara Memasak Nasi Ayam Penyet :
  • Untuk Nasi Panaskan butter. 
  • Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. 
  • Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit. 
  • Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. 
  • Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  • Pindah ke periuk nasi eletrik dan masak macam biasa
Akhirnya, selamat menjamu selera


                        

Thursday, 25 October 2012

Kampua-Negeri Sarawak (tidak Halal)




Kampua biasa boleh dijumpai di Sibu dan ia adalah makanan tradisional orang Foochao.

Rempah Udang- Negeri Melaka









Rempah Udang merupakan salah satu jenis kuih yang dituruni oleh kaum Baba dan Nyonya.

Asam Laska-Pulau Pinang



Laksa  merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan. Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal.

Nasi Kerabu-Kelantan


Bahan-bahan:
Nasi putih
(boleh juga buat nasi warna biru..guna daun mengkudu, diramas dan amik airnya )

Bahan untuk Sambal Ikan :
3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - digoreng garing ( tanpa minyak )
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Sambal Ikan :
Gaul isi ikan panggang, kelapa goreng, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula, dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat.

Bahan untuk kuah :
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
2 sudu budu

Cara
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api.
4. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.


Bahan untuk ulam :
1/2 biji timun - dipotong halus
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
5 batang kacang panjang - dipotong halus

NOTA:
Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..

Thursday, 18 October 2012

LAKSA SARAWAK




 
LAKSA SARAWAK
Laksa (叻沙) merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan laksa mungkin berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak, merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan.
Terdapat pelbagai jenis laksa seperti:

  • Laksa Penang (asam Laksa)
  • Laksa Johor
  • Laksa Kuala Perlis
  • Laksa Kedah (laksa Teluk Kechai)
  • Laksa Kelantan
  • Laksa Sarawak
  • Laksa Terengganu
  • Laksa Ipoh
  • Kari Laksa
  • Laksam