Thursday 25 October 2012

Nasi Kerabu-Kelantan


Bahan-bahan:
Nasi putih
(boleh juga buat nasi warna biru..guna daun mengkudu, diramas dan amik airnya )

Bahan untuk Sambal Ikan :
3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - digoreng garing ( tanpa minyak )
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Sambal Ikan :
Gaul isi ikan panggang, kelapa goreng, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula, dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat.

Bahan untuk kuah :
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
2 sudu budu

Cara
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api.
4. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.


Bahan untuk ulam :
1/2 biji timun - dipotong halus
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
5 batang kacang panjang - dipotong halus

NOTA:
Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..

5 comments:

  1. sewaktu saya melawat ke negeri terengganu pada jun lepas,saya ternampak seorang penjaja sedang makan kerabu.memang sedap rasanya...harap makanan ini juga akan dijual di kuching tak lama lg...

    ReplyDelete
  2. Feel so hungry when looked at the picture,it looks so delicious, yummy yummy!

    ReplyDelete
  3. gambar yang menarik serta penerangan dan menu yang berguna! Selepas melayani blog cikgu, saya telah pergi mencuba nasi kerabu ayam percik! rasanya memang sedap!!

    ReplyDelete
  4. blog ini telah menambah pengetahuan saya dalam jenis makanan tradisional, bagus. teruskan usaha

    ReplyDelete