Saturday 13 October 2012

Sate-Makanan Tradisional Kaum Melayu

  

Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.
Sate dicipta oleh para pedagang jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad 19.[perlu rujukan]
Selain sate lembu dan ayam yang popular, terdapat beberapa jenis sate lain yang dijual, antaranya:
  1. Sate arnab
  2. Sate perut
  3. Sate pedal
  4. Sate kerang
  5. Sate ikan
  6. Sate ampai-ampai
Kebanyakan orang Melayu tidak makan daging semata-mata. Oleh itu biasanya turut disertakan nasi dalam bentuk ketupat. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang wangi amat penting. Boleh juga didapati, sate dihidang dengan bawang merah dan timun, selain ketupat nasi atau nasi himpit.

4 comments:

  1. Sate juga merupakan makanan kegemaran saya. Memang sedap rasanya.

    ReplyDelete
  2. Saya paling suka makan sate ayam.

    ReplyDelete
  3. satay ini baru saya makan semalam semasa menghadiri majlis perkahwianan kawan bapa.
    Saya suka satay jenis daging lembu .

    ReplyDelete