Saturday, 8 December 2012
Ulat sagu
Ulat sagu amat terkenal di sarawak, ia adalah sejenis makanan yang berkhasiat.berani kamu cuba makan? Sedap dimakan setelah digoreng.
Sunday, 11 November 2012
Aktiviti P&P
Murid-murid tengah menghafal nama makanan tradisional ketika waktu kajian tempatan sedang dijalankan.
Latihan 2
Jawab soalan berikut:
1. Sila tulis langkah penyediaan sate ayam.
________________________________________
2. Di manakah negeri kita boleh memakan kueh tiaw goreng yang sedap?
_________________________________________
3. Tuliskan bahan yang kita perlu menyedia sebelum memasak nasi ayam Hainan.
_________________________________________
1. Sila tulis langkah penyediaan sate ayam.
________________________________________
2. Di manakah negeri kita boleh memakan kueh tiaw goreng yang sedap?
_________________________________________
3. Tuliskan bahan yang kita perlu menyedia sebelum memasak nasi ayam Hainan.
_________________________________________
Latihan 1
Sila jawab soalan berikut:
1. Sila nyata nama kuih tradisional di negara kita.
____________________________________________
2. Apakah jensi nasi yang terkenal di negeri Kelantan?
____________________________________________
3. Sila nyata langkah memasak nasi lemak.
____________________________________________
1. Sila nyata nama kuih tradisional di negara kita.
____________________________________________
2. Apakah jensi nasi yang terkenal di negeri Kelantan?
____________________________________________
3. Sila nyata langkah memasak nasi lemak.
____________________________________________
Friday, 2 November 2012
Kuih Penjeram-Negeri Sabah
Kuih daripada suku kaum Bajau. Memang sedap di makan especially yang dimasak oleh yang pakar pembuat kuih ini.
Lontong- Negeri Johor
Lontong
juga adalah salah satu makanan tradisional Negeri Johor yang juga
popular di Singapura sejak dulu lagi. Malah, ia menjadi hidangan
istimewa pada Hari Raya Aidilfitri. Lontong yang dimakan bersama kuah
lodeh berwarna kuning keemasan ini berasaskan santan, sayur-sayuran,
rempah, bawang, serai dan juga udang. Lebih istimewa ia dimakan bersama
telur rebus, sambal tumis dan tempe goreng. Boleh mencuba ini:Lontong Johor Alif, Lontong dan nasi himpit Nsm
Nasi Kandar-Negeri Perak
Nasi kandar adakah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.
Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu
kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas
nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan
pada kebanyakan restoran Tamil
Islam atau "Mamak
Malaysia" dan gerai hidangan India
Muslim.
Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya
diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau
tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang
atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari
dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu
rasa pelbagai pada nasi.
Tuesday, 30 October 2012
Char Kuey Tiao-Penang
- 200 gm udang ( lebih pun tak pe!!! )
- 250 ml air
- 4 ulas bawang putih di ketuk
- 6 sudu besar sos tiram
- 3 sudu kecil kicap pekat
- 3 sudu besar kicap manis
- 1 kiub pati ikan bilis – saya tak letak!! takde!!
- 2 sudu kecil garam ( jika sos tiram masin boleh kurangkan 1 sudu )
- 1 sudu makan gula
- 200 g kue teow ( @ ambil secekak untuk seorang makan )
- 1 sudu makan cili kisar
- kerang ( tak de… saya ganti dengan sotong )
- taugeh dan kucai
- 1 biji telur
1. Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu.
2. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya.
3. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis.
4. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan. Boleh simpan dalam petisejuk supaya tahan lama.
Cara untuk masak Kuey Teow
1. Tumis cili kisar hingga garing Masukkan 4 sudu besar paste tadi.
2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi.
3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masuukan kuey teow, kucai dan taugeh.
4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat.
** Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!. Kalau guna api besar pergerakan cam kura2 confirm hanguss kue tiow tu!!! hihihi!!!!
*** Char kuey Teow versi saya punya…. saya masak paste tu sampai mendidih jer… tak sampai pekat… sebab nak cepat makan!! anak2 sume dah lapar!!! Kemudian saya tumis bawang putih dan cili kisar sampai agak garing baru saya masukkan agak2 dalam 1 cawan kuah paste tadi, seafood, taugeh, kucai dan kue teow. last sekali baru pecah kan telur… kuah tu kalau kalau dah kering saya tambah lagi paste tadi!!! Buat basah2 gitu!!!Cepat betul wat char kuey teow ni tak sampai 15 minit dah siap…. kalau paste dah buat awal… 5 minit dah siap!!!
Ayam Penyet Sarawak
Bahan-Bahan Untuk Ayam :
- Ayam : : Seekor (Potong 8 & rebus selama 10 minit dan toskan) (simpan air rebusan ayam untuk buat sup dan masak nasi)
- Jintan Manis : : ½ Sudu Besar (Goreng tanpa minyak hingga naik bau)
- Jintan Putih : : ½ Sudu Besar (Goreng tanpa minyak hingga naik bau)
- Ketumbar : : 3 Sudu Besar (Goreng tanpa minyak hingga naik bau)
- Serbuk Kari Ayam : : 1 Sudu Besar
- Serbuk Kunyit : : 1 Sudu Besar
- Serbuk Lada Putih : : ½ Sudu Besar
- Bawang Putih : : 3 Ulas
- Halia : : 1cm
- Sedikit Air
- Garam : : Secukup Rasa
- Minyak : : Secukupnya
- Minyak Masak : : Secukupnya
- Cili Merah : : 10 Biji (lebihkan jika mahu lebih pedas)
- Cili Padi : : 10 Biji
- Bawang Kecil / Merah : : 10 Biji (Dihiris)
- Bawang putih : : 3 Biji (Dihiris)
- Tomato : : 5 Biji (Potong 4)
- Belacan : : 5cm
- Ikan Bilis : : 2 Sudu
- Gula Merah : : 3 Sudu Kecil / Secukup Rasa
- Beras : : 3 Cawan (Dibasuh dan ditoskan)
- Bawang Putih : : 3 Ulas
- Kulit Kayu Manis : : 1 Batang
- Buah Pelaga : : 4 Biji
- Bunga Lawang : : 2 Kuntum
- Butter : : Sedikit
- Garam : : Secukup Rasa
- Kiub Pati Ayam : : 2 / 3 Kiub
- Air Rebusan Ayam : : 6 Cawan
- Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
- Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman..
- Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
- Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
- Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
- Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
- Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
- Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
- Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
- Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
- Masukkan gula merah dan gaul rata.
- Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
- Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.Masukkan sup bunyut..
- Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan
- Untuk Nasi Panaskan butter.
- Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
- Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
- Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging.
- Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
- Pindah ke periuk nasi eletrik dan masak macam biasa
Thursday, 25 October 2012
Kampua-Negeri Sarawak (tidak Halal)
Kampua biasa boleh dijumpai di Sibu dan ia adalah makanan tradisional orang Foochao. |
Rempah Udang- Negeri Melaka
Rempah Udang merupakan salah satu jenis kuih yang dituruni oleh kaum Baba dan Nyonya. |
Asam Laska-Pulau Pinang
Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan. Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal.
Nasi Kerabu-Kelantan
Bahan-bahan:
Nasi putih
(boleh juga buat nasi warna biru..guna daun mengkudu, diramas dan amik airnya )
Bahan untuk Sambal Ikan :
3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - digoreng garing ( tanpa minyak )
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Sambal Ikan :
Gaul isi ikan panggang, kelapa goreng, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula, dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat.
Bahan untuk kuah :
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam 2 sudu budu
Cara
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api.
4. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.
Bahan untuk ulam :
1/2 biji timun - dipotong halus
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
5 batang kacang panjang - dipotong halus
NOTA:
Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..
Thursday, 18 October 2012
LAKSA SARAWAK
LAKSA SARAWAK
Laksa (叻沙) merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi
yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang
Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan laksa
mungkin berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak, merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan.
Terdapat pelbagai jenis laksa seperti:- Laksa Penang (asam Laksa)
- Laksa Johor
- Laksa Kuala Perlis
- Laksa Kedah (laksa Teluk Kechai)
- Laksa Kelantan
- Laksa Sarawak
- Laksa Terengganu
- Laksa Ipoh
- Kari Laksa
- Laksam
Wednesday, 17 October 2012
Kolo Mee- Makanan Tradisional Kaum Cina Sarawak
Ini adalah makanan tradisional kaum Cina di Sarawak- Kolo Mee
Monday, 15 October 2012
Sedap tak? Makanan Malaysia yang unik.
Saturday, 13 October 2012
Sate-Makanan Tradisional Kaum Melayu
Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk
dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang
dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.
Sate dicipta oleh para pedagang jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad 19.[perlu rujukan]
Selain sate lembu dan ayam yang popular, terdapat beberapa jenis sate lain yang dijual, antaranya:
- Sate arnab
- Sate perut
- Sate pedal
- Sate kerang
- Sate ikan
- Sate ampai-ampai
Kebanyakan orang Melayu tidak makan daging semata-mata. Oleh itu biasanya turut disertakan nasi dalam bentuk ketupat. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang wangi amat penting. Boleh juga didapati, sate dihidang dengan bawang merah dan timun, selain ketupat nasi atau nasi himpit.
Thursday, 11 October 2012
Lemang- Makanan Tradisional Kaum Melayu
LEMANG
Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.
Nasi Lemak -Makanan Tradisional Kaum Melayu
- @ 2 cawan beras
- @ 1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
- @ 1 helai daun pandan - disimpul
- @ 3 hirisan halia
- @ secubit garam
- Bahan untuk sambal:-
- * 6 sudu besar cili kering mesin
- * 4 ulas bawang merah -ditumbuk
- * 2 ulas bawang putih -ditumbuk
- * 1 biji bawang besar -dihiris
- * segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
- * sedikit air asam jawa
- * sedikit belacan (jika suka)
- * garam n gula
- Bahan sampingan lain :-
- Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.
Cara-cara
- Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
- Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
- Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
- Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.
Wednesday, 10 October 2012
Pengenalan sejarah Makanan Tradisional di Malaysia
‘Kepelbagaian’ merupakan perkataan
utama apabila kita memperbincangkan tradisi makanan Malaysia. Di dalam
perbincangan ini saya akan membawa anda sekelian melalui serambi
gastronomi pelbagai kaum di Malaysia: Melayu, India dan China. Kita
mulakan dengan pembudayaan makanan Melayu.
Dari segi sejarah, kaum Melayu ini
mempunyai elemen-elemen dan usul asal dari Sumatra, Jawa, Thailand,
Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh-pengaruh negara tersebut
tidak hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan sedikit sebanyak kualiti
kulinari dari negara-negara tersebut.
Di Selangor, kaum Melayu dahulu kala merupakan pahlawan Bugis dari Sulawesi dan bagi orang Melayu Negeri Sembilan, menamakan diri mereka sebagai Minangkabau dari Sumatra. Kita beralih ke Utara: Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Perlis di mana pengaruh Acheh, Bugis dan Siam amat ketara. Pada abad ke 16, kaum Acheh mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai Mahkota Alam atau Iskandar Muda.
Di Selangor, kaum Melayu dahulu kala merupakan pahlawan Bugis dari Sulawesi dan bagi orang Melayu Negeri Sembilan, menamakan diri mereka sebagai Minangkabau dari Sumatra. Kita beralih ke Utara: Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Perlis di mana pengaruh Acheh, Bugis dan Siam amat ketara. Pada abad ke 16, kaum Acheh mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai Mahkota Alam atau Iskandar Muda.
Beliau juga dikatakan mempunyai pengaruh
besar ke atas negeri Pahang, Kedah dan Perak. Bagi negeri Kelantan,
Kedah dan sebahagian negeri Terengganu pula dipengaruhi oleh Thailand
atau Siam. Ini dapat dilihat dari segi penyediaan makanan dan dialek
percakapan mereka: ala Siam.
Kita ke selatan iaitu ke Johor. Di sini
terdapat beberapa penempatan kaum Jawa dan Bugis. Pada tahun 1639, di
dalam perjanjian antara Johor dan Belanda, kerajaan Johor bersetuju
untuk membantu menakluki Negeri Melaka dengan pertolongan pahlawan Bugis
bernama Daeng Prani. Sebagai balasan terima kasih dengan kejayaan
cemerlang ini, Daeng Prani dilantik sebagai Yam Tuan Muda Johor.
Sekarang kita ke Negeri Melaka untuk mengikuti perkembangan sejarah kaum Cina. Pengaruh dari negeri China ini telah mula menular pada abad ke-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana China Yin Ching dan Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina.
Sultan Mahmud sungguh tertarik dengan
kebudayaan Cina, lebih-lebih lagi apabila mengetahui mereka telah lama
mengamalkan ajaran Islam. Perkahwinan di antara Sultan Mahmud dan Puteri
Hang Li Poh mengeratkan lagi pertalian dua budaya ini. Walau
bagaimanapun Malaysia hanya dapat menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya
dan masakan) dari China ini pada abad ke-18. Pendatang dari China
dibawa bekerja di lombong-lombong di Malaysia dan mereka membawa bersama
budaya tradisi dan nilai etika kerja.
Kaum India mula menapak kaki di Malaysia
2,000 tahun yang lalu. Mereka merupakan pedagang dan pada abad ke-10
terdapat beberapa komuniti kecil keturunan India di pinggiran pantai.
Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum India di bawa masuk ke
Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang getah dan seterusnya menetap
disini. Di Melaka pula di Kampung Tujung terdapat kampung Chitty.
Keturunan India di sini dikatakan berasal dari Kalinga (selatan timur
India). Kaum Chitty di sini berkahwin dengan penduduk tempatan dan
menerap nilai, tradisi dan budaya mereka. Bagi kaum wanita Chitty,
mereka tidak memakai sari seperti wanita India. Mereka memakai kebaya
panjang atau kebaya pendek. Bagi kaum lelaki pula apabila menghadiri
pesta keugamaan, mereka mengenakan pakaian dhoti bukan sarong yang
dipakai oleh kaum India yang lain.
Sebagai negara kosmopolitan, Malaysia
juga mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina
dan India Cina berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada ‘hidangan
Malaysia’ dan menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar.
Penduduk di Malaysia ini juga dikatakan banyak menghabiskan masa di meja
makanan dan menjadikan masa menikmati hidangan itu sebagai aktiviti
kebangsaan. Kaum Cina, India dan Melayu di Malaysia ini sentiasa
kreatif, berganding bahu mereka masakan baru dengan menggabungkan pinjam
meminjam tradisi budaya masing-masing. Dengan ini lahirlah nasi ayam,
mi mamak, mi kari dan lain-lain.
Saya akan mulakan budaya makanan
Malaysia ini dengan budaya makanan orang Melayu. Pelbagai lauk pauk
tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan
makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya. Beras juga
merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Bijirin
kecil ini juga berjaya membentuk budaya diet (pemakanan) dan ekonomi
penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan
Perlis dan dikenali sebagai ‘rice bowl of Malaysia’. Nasi dihidangkan
dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman. Bahan yang digunakan dalam
masakan Melayu berkisar kepada santan, cili dan belacan. Hidangan orang
Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan. Hidangan
Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan
dan juga penggunaan rempah ratusnya.
Santan merupakan bahan asas dalam
masakan kita. Ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masak lemak.
Bahan perasa (seasonings) dalam masakan Melayu di bahagi kepada dua:
rempah basah dan rempah kering. Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk
dengan batu lesung: bawang, halia, bawang putih dan cili. Rempah kering
pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis dan
lain-lain. Rempah ratus ini selalunya di sangai (digoreng tanpa minyak)
terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar. Orang Melayu juga banyak
menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau
purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala.
Kita beralih pula ke masakan tradisi dan
masakan popular orang Melayu di Malaysia. Kita masih mengemari masakan
kampung atau masakan nenek dan emak kita dahulu. Orang Melayu di
kampung-kampung masih berlandaskan pertanian. Di halaman-halaman rumah
kampung kelihatan berkeliaran ayam, itik, ikan dari hasil tangkapan
nelayan atau dari sawah dan bendang. Sayuran ditanam di belakang rumah
dan juga di perairan sawah dan bendang. Pucuk paku, petai, daun pegaga,
daun selum, daun kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun
menjadi makanan amalan orang Melayu di kampung. Daun-daun ini selain
kaya dengan sumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat.
Daun kaduk dan daun pegaga telah mendapat pengiktirafan dari WHO sebagai
herba yang mempunyai pelbagai faedah kepada kita. Ia boleh merangsang
aktiviti otak kanak-kanak, pengaliran darah yang sihat dan menghaluskan
tekstur kulit seseorang.
Untuk pesakit diabitis dan tekanan darah
tinggi, ulam jering boleh dijadikan ubat kerana kandungan alkali yang
tinggi dan berfungsi sebagai bahan dirutik. Tongkat Ali merupakan akar
kayu yang terbilang hasiatnya dari segi penambahan tenaga batin dan juga
tenaga fisikal. Tongkat Ali dijual dalam bentuk tablet dan juga serbuk.
Di restoran dan gerai, kopi tongkat Ali menjadi minuman kegemaran para
pengunjung. Dahulu ulam dan akar kayu hanya dipopularkan oleh orang
Melayu tetapi sekarang mendapat tempat di restoran dan hotel-hotel,
dimana kita lihat kaum-kaum lain turut meminatinya.
Nasi lemak patut dijadikan makanan
kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu
tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya
dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan
tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan
dijadikan salah satu menu (ala carte) di hotel-hotel. Nasi lemak turut
diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang (ayam dan
daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru
goreng.
Di musim perayaan (hari lebaran, kenduri
kendara) nasi tomato beserta lauk pauknya sentiasa menarik perhatian
tetamu. Nasi tomato dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam
golek, pecal dan lain-lain. Bagi orang Melayu pantai Timur (Kelantan dan
Terengganu) menghidangkan pelbagai juadah seperti nasi dagang, nasi
berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-lain. Negeri Perak pula
berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan sembilang tempoyak. Gulai
lemak cili padi (ayam, ikan dan daging) pula dipelopori oleh orang
Negeri Sembilan. Selain lauk pauk terdapat juga makanan ringan; laksa
Penang, laksa Johor, pesembur, mi Siam dan lain-lain.
Manisan kegemaran orang Melayu ialah
dari jenis bubur dan kuih muih. Bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat
pisang dan bubur cacar (kandungan keladi, keledek dan tepung gunting)
merupakan manisan yang sangat popular. Kebanyakan kuih muih orang Melayu
berasaskan beras, beras pulut dan ubi.
Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut
dan di atas kastad pandan) pulut panggang (pulut berisi serunding
kelapa atau ikan) bengkang ubi, talam keladi, cucur badak, kuih lapis
dan sagu gula Melaka. Manisan tradisi bagi orang Melayu pula ialah
dodol, wajek, kuih koci, bahulu dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih
diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran. Minuman iringan pula,
orang Melayu kita tidak akan lupa menghidangkan air sirap bandung,
sirap selaseh, air kelapa dan air kopi kampung.
Bila kita menyebut nasi kandar, Pulau
Pinang menjelma dalam ingatan kita. Nasi kandar di Pulau Pinang samalah
seperti adanya nasi dagang di Kelantan atau Terengganu. Kini populariti
nasi kandar telah menular ke negeri-negeri lain di Semenanjung. Kadang
kala kita tertanya-tanya apa yang membezakan nasi kandar dengan
nasi-nasi yang lain. Nasi kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk
pauk (dalam 30 jenis masakan).
Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar
ialah: ayam goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur
sotong, udang galah goreng, kari daging rusa, kari kambing dan lain
lain. Berbalik mengimbas sejarah nasi kandar, kita akan ke selatan
India. Di sinilah bermulanya di mana pedagang-pedagang India Muslim
berulang alik antara India dan Semenanjung.
Pada mulanya pengaruh masakan mereka ini
tertumpu di utara Semenanjung sahaja: Alor Setar, Kangar, Sungai Petani
dan Penang. Lama kelamaan populariti nasi kandar ini menular keseluruh
negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Nasi kandar mengekalkan nama ‘kandar’
ini berlandaskan cara penjaja nasi ini menjualnya. Nasi dikandar di bahu
(dua bakul atau raga dengan satu batang kayu) dan mereka akan berjaja
merentas kampung-kampung. Pasa masa kini nasi kandar boleh dinikmati di
restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan yang disajikan
di atas daun pisang juga menjadi kegemaran orang-orang Malaysia.
Minuman iringan dengan nasi kandar ini ialah teh tarik. Ia sepatutnya juga menjadi air minuman kebangsaan Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)